Kukuh ilmu ikut Quran, Sunnah

Share

sinar-konvensyen14

KUALA LUMPUR - Sentiasa tingkatkan dan memperkukuhkan ilmu pengetahuan berdasarkan al-Quran dan Sunnah serta mengamalkannya mengikut kemampuan menjadi deklarasi pertama dicapai pada Konvensyen Sunnah 2013/2014.

Ketua Lajnah Dakwah Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia, Mohd Khairil Anwar berkata, ia merupakan salah satu daripada empat deklarasi berjaya dirumuskan pada konvensyen itu untuk dijadikan panduan bagi semua.



Menurutnya, deklarasi itu juga sebagai cara membentuk jati diri seorang Muslim yang dituntut dalam manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Deklarasi kedua yang penting adalah sentiasa berusaha untuk beristiqamah di atas manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam berdakwah di jalan ALLAH kerana sikap itu kunci kejayaan di dunia dan akhirat.

“Tidak kurang pentingnya deklarasi ketiga yang dicapai adalah sentiasa jadikan hikmah iaitu al-Quran dan Sunnah sebagai teras kepada dakwah ke jalan ALLAH,” katanya ketika menyampaikan deklarasi itu sempena konvensyen kali kesembilan penganjurannya.

Pada Konvensyen Sunnah:Memperkukuh Jati Diri Dalam Manhaj dan Dakwah sehari itu, turut dihadiri Atase Kedutaan Diraja Arab Saudi, Dr Abdul Rahman M Albelaihi.

Beliau menambah, deklarasi terakhir yang perlu dijadikan amalan adalah sentiasa menjadikan dakwah jalan menuju ALLAH dengan cara penuh kasih sayang.

“Elak sebarang perdebatan yang banyak menimbulkan percanggahan kerana ia akan merugikan umat Islam.

“Di samping mungkin perdebatan yang tidak berfaedah akan menjurus kepada berlakunya pecah belah sesama Muslim,” katanya.

Beliau berharap mudah-mudahan deklarasi itu akan diamalkan dan dipraktikkan sebaiknya.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/kukuh-ilmu-ikut-quran-sunnah-1.251405

Hari Ini: 2 | Jumlah Pelawat: 68194