Dakwah bukan untuk menunjuk-nunjuk

Share

sinar-konvensyen14-2

KUALA LUMPUR - Usaha dakwah bukan untuk menunjuk kehebatan diri tetapi ke arah berkongsi ilmu yang dimiliki terutama berdakwah kepada orang bukan Islam.

Pendakwah Mualaf, Shah Kirit Kakulai Govindji berkata, justeru untuk menjadikan dakwah itu berjaya, ia harus dimulai dengan niat.



Menurutnya, apabila telah berniat baharulah berdoa kerana tanpa izin ALLAH mungkin usaha murni itu tidak akan berjaya.

“Sebagai pendakwah, penting untuk kita mendoakan kepada pihak yang ingin kita sebarkan dakwah, bukan sahaja orang Islam termasuk juga orang bukan Islam agar mereka mudah menerima penerangan kita.

“Tugas kita hanyalah sebagai penyampai, sama ada dia terima ucapan kita seterusnya mendorong untuk masuk Islam ataupun tidak itu berdasarkan hidayah dari ALLAH,” katanya dalam forum bertajuk Dakwah Melangkaui Sempadan sempena Konvensyen Sunnah Memperkukuh Jati Diri Dalam Manhaj dan Dakwah.

Beliau berkata demikian sempena konvensyen yang dianjurkan Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia dan dirasmikan Raja Muda Perlis, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, semalam.

Katanya, pada masa yang sama penting untuk umat Islam mengikuti Sunnah Nabi Muhammad SAW dan utamakan sunah yang besar.

Sementara pendakwah Mualaf, Lim Jooi Soon berkata, untuk mengajak orang berdakwah, jangan dilakukan dengan paksaan tetapi penuh kesabaran di samping lakukan mengikut kemampuan.

“Mudahkan cara untuk berdakwah. Misalnya suri rumah, cuba berbaik dengan jiran yang bukan Islam. Tunjukkan peribadi yang baik agar mudah menambat hati mereka.

“Dakwah juga ada banyak cara. Jika tidak melalui ajakan individu, boleh juga melalui kebajikan atau huluran bantuan kepada rumah kebajikan,” katanya.

Hari Ini: 13 | Jumlah Pelawat: 69577