Teguran Suci & Jujur Buat Pencinta Ilmu Hadith

Share

sahih-muslim-books

Mempelajari hadith itu bagus dan baik sekali. Perkembangan kesedaran dan bertambah bilangan mereka yang belajar ilmu hadith amat menggalakkan. Namun timbul suatu gejala baru yang pantas merebak terutama bagi yang baru kenal ilmu hadith.

Gejala meremehkan fiqh mazahib

Kita mudah sekali melihat keadaan ini. Ia seakan-akan fenomena yang menjadi trend buat sebahagian penuntut ilmu hadith. Slogan fiqh al-hadith/fiqh sunnah tak salah tapi hingga tahap terlalu mudah melemahkan aqwal para aimmah mazahib bagi saya seperti ada yang tak kena.

Apabila baru belajar hadith. Dunia ini seakan hitam dan putih sahaja dilihatnya. Apabila bertemu hadith sahih kita cepat mengeluarkan hukum darinya. Dalam pada masa yang sama timbullah rasa para Imam Mazhab dahulu tak beramal dengan hadith sahih. Tergamaknya menilai para imam seakan-akan ilmu hadith mereka lebih rendah dari kita! 

Kalau kita meneliti kalam muhaddith salaf, ramai sekali yang mengakui keperluan memahami hadith dengan fuqaha. Abdullah bin Mubarak pakar hadith pun belajar dari Abu Hanifah dan Al-Thauri. 

Ibn Wahb pun belajar dari Malik dan Al-Laith. Katanya kalau tak jumpa dua orang imam ini tentu dah sesat dalam memahami hadith. Rujuk "Al-Intiqa' fi Fadhail Ath-Thalathah Al-Aimmah Al-Fuqoha'" Ibn Abdil Barr m/s 27-28

Janganlah disebabkan kita jahil dan tak faham macam mana teknik Imam Mazhab instinbat hukum dari dalil, kita lalu menuduh mereka tak beramal dengan hadith sahih. Imam As-Syafie digelar nasr sunnah dizamannya. Kita nak kata dia tak tahu hadith? Hanya akan menyerlahkan kecetekan ilmu kita dalam memahami hadith. 

Imam As-Syafie sendiri master dalam ilmu rijal dan 'ilal. Banyak tempat dalam Al-Umm menunjukkan kehebatannya dalam hadith. Kita nak kata Nasr Al-Sunnah itu tak reti hadith? Kita lebih reti?

Memang beliau ada menyebut hadith sahih mazhabnya. Itu bukan bermakna tak "sampai" hadith sahih kepadanya tapi Imam As-Syafie mengisyaratkan sesuatu yang sangat besar maksudnya sebagaimana yang telah dijelaskan oleh ashab As-Syafie.

Kalaulah kita belajar fiqh dan usul para imam, tentu akan segan, kagum dan terpesona, betapa hebat dan daqiqnya kajian dan teknik istinbat mereka. Memang diluar kefahaman kita dan akan membuatkan kita rendah diri..

Ada benarnya kata Sufyan bin Uyainah, Hadith boleh menyesatkan kecuali bagi fuqaha'. Ibn Rusyd pun setuju dengan ucapan Sufyan ini sebab kadang-kala sesuatu hadith itu diriwayatkan dalam sesuatu keadaaan yang khusus, tetapi maknanya umum, begitu juga sebaliknya. Ada juga hadith yang nasikh dan hadith yang mansukh (tidak digunakan lagi).

Katanya lagi: 
Siapa yang hanya mengumpul (zaman kita ni kira membaca sahaja) hadith tetapi tidak memahaminya, maka dia tidak dapat membezakan di antara hadith-hadith yang membawa maksud umum dan khusus.

Oleh kerana itu ahli fiqh bukanlah orang yang sekadar mengetahui tentang hadith-hadith Nabi sahaja, bahkan memahaminya secara mendalam. Jika seseorang itu tidak mampu memahami secara mendalam dalam masalah hadith mahu pun fiqh, maka dia bukanlah seorang ahli fiqh (faqih), walaupun dia mengumpul banyak hadith-hadith Nabi.

Rujuk Mi'yar Al-Mu'rab Al-Wansharishi.

Saya bukanlah taksub Imam mazhab. Tapi saya hanya mahu meletakkan mereka sesuai pada kedudukan dan level mereka. Bak kata pepatah, manusia selalu membenci perkara yang kita tak tahu. Samalah macam kita, selalu+mudah merendahkan qaul para Imam sebab kita tak tahu cara mereka mengeluarkan hukum. Tak kurang juga kita suka+mudah mentarjih sesuka hati sedangkan kita tak tahu perbezaan usul para Imam.

Belajarlah dan terus belajar. Hingga dunia ini dilihatmu penuh warna dan keindahan, bukan sekadar hitam dan putih. Disamping belajar hadith, carilah guru untuk belajar fiqh dan usulnya, tak kisahlah mazhab apa pun yang diingini. Lihat dan kaji macam mana mereka istinbat hukum dari nas dan bandingkan dengan level diri kita selepas itu. 

Sekian.

Sumber

 

Hari Ini: 16 | Jumlah Pelawat: 70729