Sama tak serupa: Radzi Othman

Share

drradzi vs abuamru

Berikutan kontroversi yang dicetuskan oleh Radzi Othman dari iLMU (ilmuan muda UMNO), maka perlu dijelaskan agar masyarakat tidak terkeliru dan menuding jari ke arah yang salah.

Abu Amru Radzi Othman baru-baru ini mengeluarkan beberapa kenyataan yang agak kasar di Facebook miliknya berkenaan wanita muslimah yang menyertai demonstrasi anti-GST dengan menyatakan mereka ibarat pelacur.

Kesan daripada tindakan tersebut, ramai yang merasa kurang senang dan marah lalu menuding jari kepada insan bernama Radzi Othman yang namanya sudah terkenal sebagai seorang yang alim dalam bidang hadis. Ada juga yang merasa janggal bagaimana seorang yang alim, tawadhu' sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Hakikatnya, nama mereka sama. Akhlak dan ilmu ibarat langit dan bumi.

Berikut adalah wajah dan biografi ringkas Dr.Radzi Othman, seorang yang tersohor dalam bidang hadis di Malaysia.

drradzi smAl-Fadhil PROF. MADYA DATO’ DR. MOHD RADZI BIN OTHMAN

Seorang alim dalam bidang hadis, bersifat lemah lembut,

mempunyai keperibadian dan akhlak yang baik.
Anak Malaysia pertama mendapat Ph.D dari Univ. Islam Madinah dalam bidang hadis. balik Malaysia bertugas di USM Pulau Pinang.

kenali beliau di:
http://humanities.usm.my/index.php/discover-us/our-people/staff-directory/43-islamic-studies/55-mohd-radzi-othman

dan: 
http://mufti.perlis.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=133%3Asekalung-penghargaan-prof-madya-dato-kaya-bakti-dr-mohd-radzi-bin-othman&catid=39%3Aberita-terkini&Itemid=129

dan: 
http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/294/akibat-tak-sahut-sumpah

 

Hari Ini: 2 | Jumlah Pelawat: 68194