Kerajaan umum pelantikan Felo Fatwa online

Share

Putrajaya: Kerajaan meluluskan pelantikan dua felo fatwa yang akan menjawab sebarang persoalan berkaitan hukum secara atas talian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, orang ramai termasuk bukan Islam yang mempunyai keraguan boleh berinteraksi secara langsung dengan dua felo berkenaan dalam tempoh 24 jam melalui Facebook dan laman sesawang.
"Menerusi pelantikan ini, ia akan memudahkan orang ramai untuk mendapat jawapan tepat bagi setiap persoalan yang timbul.

"Selain itu, pihak kami juga akan menyediakan jadual khas untuk bersemuka dengan dua felo ini," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Pegawai Tadbir Agama Daerah Seluruh Negara dan penyerahan surat lantikan Felo Fatwa di sini, sebentar tadi.

Felo berkenaan ialah Lukmanulhakim Husin dan Dr Mohd Farid Mohd Shahran.

Sumber: http://www.bharian.com.my/articles/JAKIMumumpelantikanFeloFatwaonline/Article

Hari Ini: 2 | Jumlah Pelawat: 68194