bab 26 dlm kitab Riyadhus Solihin

Dari Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a., dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Muslim ialah org yg semua org islam selamat dari kejahatan lidah (ucapan) dan kejahatan tangannya (perbuatannya). Muhajir ialah org yg meninggalkan apa2 yg dilarang oleh Allah padanya". (Muttafaq' alaih). Dari bab 26 dlm kitab Riyadhus Solihin.

Nabi s.a.w. mendatangi masjid Quba' setiap hari sabtu

Dari Ibnu Umar r.a. katanya, "Nabi s.a.w. berziarah ke Quba' sambil berkenderaan serta berjalan kemudian beliau bersembahyang dua rakaat". (Muttafaq 'alaih)  

Dlm riwayat lain: "Nabi s.a.w. mendatangi masjid Quba' setiap hari sabtu sambil berkenderaan dan berjalan dan Ibnu Umar juga melakukan spt itu."

HR Bukhari dlm Bab 11 dari kitab Riyadhus Solihin

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya bhw Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada dua macam kenikmatan yg kedua-duanya itu disia-siakan oleh sebahagian besar manusia iaitu kesihatan dan kelapangan waktu". (HR Bukhari dlm Bab 11 dari kitab Riyadhus Solihin)

HR Muslim dari Bab 33 - Riyadhus Solihin

Dari Abu Hurairah r.a. katanya bhw Rasulullah s.a.w. bersabda: "Pemelihara anak yatim, baik miliknya atau milik lainnya, maka aku (Nabi s.a.w.) dan ia adalah spt kedua jari ini di dlm syurga". Yang merawikan hadis ini yakni Malik bin Anas mengisyaratkan dgn menggunakan jari telunjuk serta jari tengahnya. (HR Muslim dari bab 33 dlm kitab Riyadhus Solihin)

Hak anak yatim dan wanita

Dari Abu Syuraih iaitu Khuwailid bin Amr al-Khuza'i r.a. katanya Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya aku sangat memberatkan dosa kesalahan orang-orang yg mengabaikan hak dua golongan yang lemah, iaitu anak yatim dan wanita." (Hadis Hasan yg diriwayatkan oleh an-Nasa'i dgn isnad yg baik)

HR Muslim 5303

Hadis riwayat Abu Hurairah r.a. bhw dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sungguh, ada seorg hamba yg mengucapkn satu kata (kesat) sehingga ia terjerumus ke dlm neraka lbh dlm dari jarak antara timur dan barat". (HR Muslim 5303)

HR Muslim 4363

Dari Abu Hurairah r.a. dia berkata bhw Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak seorang bayipun yg dilahirkan kecuali telah disentuh oleh syaitan sehingga ia menangis dan menjerit kerana sentuhan syaitan tersebut kecuali putera Maryam(Nabi Isa) dan ibunya". (HR Muslim 4363)

HR Muslim 4845

Hadis riwayat Aisyah r.a. dia berkata bhw Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya org kafir apabila diberitahukan tentang siksaan serta kemurkaan Allah, maka dia akan membenci pertemuan dgn Allah sehingga Allahpun akan membenci pertemuan dgnnya".
(HR Muslim 4845)

HR Muslim dlm bab 33 dari kitab Riyadhus Solihin

Dari Anas r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya:-
"Barangsiapa yg menanggung segala keperluan dua gadis (anak perempuan) dan mencukupkan makan minumnya, pakaiannya, pendidikannya dan lain-lain, sampai keduanya meningkat usia baligh, maka ia datang pada hari kiamat, aku (Nabi s.a.w.) dan dia adalah seperti kedua-dua jari ini dan beliau mengumpulkan jarinya".
(Hadis Riwayat Muslim - bab 33, Riyadhus Solihin)

Hari Ini: 11 | Jumlah Pelawat: 67631