Maktabah Imam Asy-Syaukani

Share

Pada Jun 2011 perpustakaan  telah siap dibina dan sebahagian kitab-kitab berbahasa Arab, Bahasa Malaysia, Bahasa Indonesia dan Bahasa Inggeris telah berjaya dibeli. Sebahagiannya adalah sumbangan dari beberapa individu yang mewaqafkannya.

Perpustakaan ini telah diberi nama sebagai Maktabah Al-Imam Al-Syaukani sempena nama tokoh ilmuan Islam yang banyak berjasa dan terbilang atau nama sebenarnya Muhamad bin Ali bin Muhamad As Syaukani yang lahir pada tahun 1173H di sebuah tempat di San’a, ibukota Yaman.

Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi telah sudi hadir untuk merasmikan pembukaan Maktabah Al-Imam Al-Syaukani pada 23 Julai 2011. Beliau mendoakan IQ  menjadi sebagai tempat rujukan ilmu-ilmu Islam yang sahih selaras dengan visi IQ sebagai pusat rujukan dan penyebaran ilmu.

Hari Ini: 16 | Jumlah Pelawat: 66045