Ucapan takziah dari IQ untuk keluarganya, warga KSA dan seluruh umat Islam yang mencintai Allah dan Rasulnya, ilmu dan kebenaran atas kehilangan seorang tokoh umat.
Semoga Allah mengganjari keluarganya dengan pahala dan menggantikan dengan yang lebih baik.
Menurut beliau lagi, jika ia untuk kemudahan pelancung, memadai dengan penggunaan bahasa Inggeris. Sebaliknya, jika ia untuk kemudahan rakyat tempatan ini bermakna gagalnya dasar integrasi nasional sehingga bangsa selain Melayu tidak tahu berbahasa dan membaca tulisan Melayu.
Tindakan kerajaan negeri didapati telah menerima bantahan pelbagai pihak termasuk dari kalangan rakan komponen Pakatan Rakyat sendiri, iaitu PAS.
Malaysiakini memetik bahawa Pengerusi perpaduan nasional PAS Dr Mujahid Yusof Rawa menyifatkan usaha exco kerajaan tempatan negeri Chow Kon Yeow "menjejaskan reputasi Bahasa Malaysia" dan boleh "menggadaikan martabat bahasa kebangsaan".
"Walaupun niat untuk mempromosikan warisan sejarah nama tersebut bersesuaian dengan ciri-ciri budaya di kawasan itu, namun kegunaan bahasa lain daripada bahasa kebangsaan akan menjejaskan reputasi Bahasa Malaysia,"