Presiden IQ: Tahniah kepada hakim Mohd. Nasir Nordin

{mosimage}Merujuk kepada berita yang disiarkan di halaman 14 Dalam Negeri Utusan Malaysia hari ini 7 Jun 2008, saya mengucapkan tahniah kepada hakim Mohd. Nasir Nordin. Tindakan beliau membacakan ayat-ayat Allah seterusnya mengingatkan pesalah dan hadirin tentang hukuman bagi kesalahan zina wajar dipuji.

 

Read more...

Presiden IQ Gesa Kerajaan Berhemat Dalam Berbelanja

Presiden IQ Gesa Kerajaan Berhemat Dalam Berbelanja

Presiden Institut al-Qayyim (IQ) Ustaz Abd. Rasyid Idris menggesa kerajaan supaya lebih berhemah dalam berbelanja supaya dapat mengekalkan subsidi kepada rakyat di masa akan datang. Ini berikutan kenaikan harga minyak yang diumumkan Perdana Menteri petang tadi.

Ustaz  Abd. Rasyid juga turut meminta kerajaaan menghentikan sebarang projek yang membazir dan  lawatan-lawatan ke luar negara yang tidak penting. Ini adalah sebagai langkah berjimat cermat.

Selain itu, beliau juga mencadangkan kepada kerajaan supaya memotong gaji ahli parlimen sebanyak 10 % dan menteri sebanyak 20% untuk disalurkan kepada rakyat melalui sistem subsidi yang diamalkan selama ini. Dengan itu, wang tersebut boleh digunakan untuk kepentingan dan kebajikan rakyat. Ini kerana langkah untuk menaikan harga minyak secara langsung akan memberikan kesan terhadap kenaikan harga barang yang lain. Ujar beliau ketika dihubungi melalui panggilan telefon.

Kenyataan Presiden IQ: Syiah Pergunakan Pentas PAS

{mosimage}Pihak Institut Al-Qayyim (IQ), Pulau Pinang dengan ini mengutuk sekeras-kerasnya kedurjanaan golongan Syiah Malaysia yang telah menjadikan pentas SEMINAR ISU ANTARABANGSA BANTAHAN PENDUDUKAN 60 TAHUN ISRAEL DI BUMI PALESTIN yang telah dilangsungkan pada 12 Mei 2008 bertempat di Dewan Hijrah HOTEL ANSAR, Kota Bharu sebagai medan menghina sahabah Rasulullah SAW dan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Majlis tersebut secara terang-terangan telah mempromosi aqidah Syiah yang bertentangan dengan Ahlus Sunnah wal Jamaah.

Read more...

Hari Ini: 17 | Jumlah Pelawat: 70192