Makluman: Web IQ pindah ke server sendiri

1. Adalah dimaklumkan web Institut al-Qayyim (IQ) telah berpindah ke server sendiri. Sebelum ini, web IQ berada di server milik al-ahkam.net.

2. Web IQ boleh diakses melalui URL http://al-qayyim.net bukan lagi http://al-qayyim.dtdns.net/v01/

3. Pihak pengendali web IQ mengucapkan berbanyak terimakasih kepada krew-krew al-ahkam.net terutamanya hj Kamin dan ust Kamarul yang telah bertungkus lumus membantu untuk memastikan server berkenaan 'up' sebagaimana yang diharapkan.

Sekian, harap maklum 

 

Kenyataan Resmi Presiden IQ: Angkawasan Negara

{mosimage}1. IQ mengalu-alukan sebarang langkah kerajaan untuk kebaikan umat dan negara ini. Oleh itu mudah-mudahan program angkasawan yang baru berlalu, berserta kajian-kajian yang dilakukan oleh angkasawan negara termasuk di dalam salah satu agenda tersebut.

2. Angkasawan negara baru sahaja tiba di bumi. Untuk memastikan keberhasilan kajian-kajian yang telah dibuat, mungkin memerlukan sedikit masa. Namun IQ sangat optimis program ini bakal memberi kesan positif kepada umat Islam.

Read more...

drmaza.com: Ucapan selamat hariraya

{mosimage}Ucapan dan nasihat dari SS Dr Mohd Asri Zainul Abidin Mufti Kerajaan Negeri Perlis Darus Sunnah sempena hariraya Idul Fitri 1428 H.

Read more...

Hari Ini: 17 | Jumlah Pelawat: 70192