Kenyataan SS Mufti Perlis terhadap artikel: Keberanian Ilmiah Mufti Dituntut

{mosimage}"Saya menyokong tulisan Md Asham bin Ahmad dari IKIM dalam BH pada 13 Ogos yang bertajuk "Keberanian Ilmiah Mufti Dituntut". Kandungan tulisan beliau baik untuk dibaca dan itulah hakikat yang patut difahami. Saya percaya tiada siapa yang ingin meruntuhkan institusi mufti, sebaliknya pandangan yang diberikan untuk kebaikan umat dan institusi itu sendiri."

Kenyataan SS Mufti Perlis mengenai Namewee

"Perbuatan Wong Meng Chee atau Namewee amat melampaui batas sebagai rakyat bagi sebuah negara. Sikap seperti itu bukan sahaja bercanggah dengan nilai-nilai seorang warga negara, bahkan menyanggahi sikap seorang manusia yang bertamadun dan itu adalah perlambangan kepada seorang yang gemar mencetuskan ketegangan kaum dan agama tanpa sebab yang munasabah. Jika perbuatannya tidak dihukum, ia memberikan ruang yang besar untuk orang ramai menghina negara dan mencetuskan kekacauan menyeluruh dalam masyarakat kita. Hukuman itu hendaklah benar-benar berat dan menakutkan semua pihak yang ada potensi ke arah itu."
Hari Ini: 16 | Jumlah Pelawat: 70191