Kenyataan Presiden IQ

Assalamualaikum.

Saya ingin merujuk kepada berita di dalam Malaysiakini bertajuk: 2.5 juta jemaah haji wukuf di Arafah yang diambil daripada agensi berita Bernama.  Terdapat sedikit salah fakta yang perlu diperbetulkan agar tidak mengundang salahfaham khususnya orang-orang yang tidak mendalami ajaran Islam.

Read more...

KENYATAAN RASMI PRESIDEN IQ (3)

Pihak IQ ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada teman-teman dan sahabat handai yang setia menghadiri kuliah Dr. MAZA seterusnya mempertahankan beliau semasa diganggu oleh pihak JAIS malam tadi. Penghargaan khusus juga diucapkan kepada YB Shaari Sungib ADUN HUlu Kelang, YB Zuraida Kamarudin MP Ampang dan Tuan Haji Yahya sekeluarga serta ramai lagi yang telah mengendalikan urusan ini sejak dari awal lagi.

Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian. Terima kasih.

Abd. Rasyid bin Idris
Presiden Institut Al-Qayyim

KENYATAAN RASMI PRESIDEN IQ (2)

Merujuk kepada peristiwa gangguan Jabatan Agama Islam Selangor terhadap majlis ceramah Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (mantan mufti Perlis) di Taman Seri Ukay malam ini. Pihak IQ mengutuk sekeras-kerasnya tindakan luar adab yang dilakukan oleh pihak JAIS tersebut. Apapun alasan yang diberikan ia hanya menyerlahkan niat buruk mereka dan percubaan membalas dendam ke atas Dr. MAZA. Ia juga seakan-akan kesinambungan imej buruk JAIS sejak sekian lama.

Read more...

Hari Ini: 17 | Jumlah Pelawat: 70192