KENYATAAN RASMI PRESIDEN IQ (2)

Share

Merujuk kepada peristiwa gangguan Jabatan Agama Islam Selangor terhadap majlis ceramah Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (mantan mufti Perlis) di Taman Seri Ukay malam ini. Pihak IQ mengutuk sekeras-kerasnya tindakan luar adab yang dilakukan oleh pihak JAIS tersebut. Apapun alasan yang diberikan ia hanya menyerlahkan niat buruk mereka dan percubaan membalas dendam ke atas Dr. MAZA. Ia juga seakan-akan kesinambungan imej buruk JAIS sejak sekian lama.

IQ mengecam dalang bagi kejadian ini. Sekiranya anda menyangka bahawa dengan tindakan menyusahkan Dr. MAZA dan pendokong-pendokong gerakan tajdid ini, anda akan tersenyum lebar dan puas…jelas sekali anda silap. Pusingan ini belum berakhir. Gerakan tajdid agama ini akan terus segar dan mekar sepanjang zaman kerana itulah janji Rasulullah SAW.

Pusingan ini akan berterusan hinggalah kita semua menghadap Allah SWT. Pihak kami sangat yakin dengan kebenaran perjuangan ini, justeru kepada Allah sahajalah kami serahkan urusan ini. Semoga Allah memberikan kemenangan yang gemilang untuk hamba-hamba-Nya yang memperjuangkan Islam yang syumul berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah dengan manhaj as-salaf as-soleh. 

Terima kasih.


Abd Rasyid bin Idris
Presiden Institut Al-Qayyim

Hari Ini: 17 | Jumlah Pelawat: 70192