Kenyataan Rasmi IQ berhubung Isu Terkini Mesir

Share

Hentikan pembunuhan orang-orang awam di Mesir Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia (IQ) mengecam tindakan tentera Mesir melakukan rampasan kuasa (kudeta), menggulingkan Presiden yang sah serta melakukan pembunuhan ke atas penyokong Dr Mohamad Mursi.

IQ mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan yang sedang dilakukan oleh pihak tentera di Mesir dan mahu ia dihentikan serta-merta. IQ juga mahu General Abdel Fattah Al-Sisi bertanggungjawab di atas kematian yang telah dilakukan oleh pihak tentera. Peranan tentera adalah untuk menjaga ketenteraman awam bukan melakukan pembunuhan sewenang-wenangnya.

IQ mendesak kerajaan Malaysia mengambil tindakan segera agar perkara ini dibawa kepada perhatian OIC. Tindakan segera OIC amat diperlukan bagi menghentikan pembunuhan yang sedang dilakukan. Amat malang sekiranya pergolakan di Mesir didalangi pihak luar.

IQ juga mendesak agar Presiden yang sah Dr Muhammad Mursi dibebaskan kerana beliau dipilih secara sah oleh rakyat. Apa-apa tuduhan kesalahan ke atas Presiden Mursi hendaklah melalui proses mahkamah yang sah untuk diadili.

Hari Ini: 17 | Jumlah Pelawat: 70192