Pendirian IQ Berhubung Isu Hukuman Mati Ke Atas 529 Rakyat Mesir

Share
25EGYPT-articleLarge
Pertubuhan Kebajikan al-Qayyim Malaysia (IQ) mengecam hukuman mati yang dijatuhkan oleh Mahkamah Mesir keatas 529 orang penyokong bekas Presiden Mohamed Morsi yang telah dipilih oleh majoriti rakyat Mesir secara demokratik. Keputusan ini disifatkan sebagai kejam, tidak bertamadun dan amat mengguris hati umat Islam di seluruh dunia.
 
IQ secara konsisten mengecam sebarang tindakan kejam dan zalim keatas rakyat awam Mesir sepertimana kecaman yang sama dibuat keatas pembunuhan berama-ramai yang dilakukan di Medan Rabaah oleh pihak tentera pimpinan Jeneral Abdel Fattah al-Sisi dan mendesak ia dihentikan serta merta. IQ bertegas bahawa mahkamah mana-mana negara di dunia sepatutnya bertindak diatas prinsip amanah dan menjaga keadilan serta kesaksamaan dan bukannya bertindak diatas arahan atau kepentingan mana-mana pihak.

IQ menggesa kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar mengambil tindakan segera dengan membawa isu ini ke perhatian OIC. Tindakan segera OIC amat kritikal dan sangat diperlukan bagi menghentikan kekejamaan dan kegilaan pemerintahan Jeneral al-Sisi keatas rakyat dan musuh politik beliau.

IQ juga berpandangan agar keputusan yang telah diputuskan oleh Mahkamah Mesir terbabit perlu ditarik semula kerana ia secara tidak langsung menggambarkan ketakutan barisan pemerintah yang dikawal oleh Jeneral al-Sisi. Ia juga dilihat sebagai tindakan yang amat terdesak apabila tidak lama selepas keputusan mati ini diumumkan oleh mahkamah, Jeneral al-Sisi mengumumkan pencalonan dirinya untuk jawatan Presiden Republik Arab Mesir.

Menurut maklumat akhbar antarabangsa menyebutkan juga bahawa, dakwaan dan hukuman tersebut tidak terhenti dengan 529 orang terbabit tetapi sejumlah 919 orang penyokong bekas Presiden Mohamed Morsi masih menunggu perbicaraan dan hukuman yang akan dijatuhkan kepada mereka. IQ menzahirkan kebimbangan yang amat berat terhadap situasi ini.

Terima kasih.
Hari Ini: 17 | Jumlah Pelawat: 70192