Sejarah

Share

perasmian3Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berpengkalan di Mengkuang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Sebelum ini ia bergerak aktif di bawah nama Dewan Pengajian al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (DPIQJ) sejak pertengahan tahun 1998, khususnya di dalam bidang penyebaran ilmu, dakwah dan kebajikan serta beberapa kegiatan sosial lain. Pada bulan Jun 2005, ia telah didaftarkan sebagai sebuah badan amanah dan diberi nama sebagai Institut al-Qayyim (IQ) dan telah dirasmikan pada 24 Julai 2005 oleh Tun Patinggi Haji Abdul Rahman Ya’kub.

Diasaskan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin bersama rakannya Ybhg. Ustaz Abd Rasyid bin Idris (Sekarang Presiden IQ).

IQ telah digerakkan oleh satu kelompok pencinta ilmu dari pelbagai latar belakang seperti agamawan, ahli akademik, perniagaan, eksekutif, professional dan juga orang awam. Gabungan ini diharapkan dapat memantapkan pertubuhan demi memajukan umat dan negara berlandaskan manhaj ilmu yang sahih.

Kebanyakan aktiviti IQ dijalankan di dewan pengajian yg dibina atas sumbangan ikhlas. Pembangunan dewan ini melalui beberapa peringkat. 

pembangunan1 pembangunan2 pembangunan3 5

Jesteru itu, IQ mengasaskan kewujudannya dengan berpegang teguh kepada Manhaj Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah sepertimana yang diamal dan difahami oleh generasi tiga kurun awal yang terdiri dari para sahabat Nabi S.A.W, para Tabi’in (التابعين) dan para Atba’ al-Tabi’ien (أتباع التابعين).

iq-stamp

Hari Ini: 23 | Jumlah Pelawat: 69067